Khamis, 23 Mei 2013

Puting beliung Oklahoma lebih kuat daripada bom atom


WASHINGTON - Puting beliung yang melanda negeri Oklahoma pada Isnin lalu menghasilkan tenaga yang jauh lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.
Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam.
Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom.
Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberikan skala terkuat, EF-5 terhadap taufan itu berdasarkan kelajuan angin dan tahap kemusnahan yang berlaku.
Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.
Mengulas bencana tersebut, seorang pakar meteorologi AS, Harold Brooks berkata, kurang satu peratus daripada keseluruhan puting beliung yang melanda AS pada setiap tahun mendatangkan kemusnahan yang besar.
Puting beliung itu meranapkan sejumlah bangunan termasuk sekolah.
Angka kematian rasmi setakat ini ialah 24 orang selepas beberapa pegawai kelmarin menyatakan jumlah kematian mencecah sehingga 91 orang.
"Cuma sekitar 10 puting beliung tergolong ke dalam kategori kuat pernah melanda negara ini pada setiap tahun," kata Brooks.
Menurutnya, faktor iklim seperti angin panas dan kelembapan udara menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.
Brooks berkata, saintis-saintis kini berusaha untuk menentukan sama ada kesan pemanasan global turut mempengaruhi pembentukan puting beliung.

Wanita dedah payudara di dalam gereja ditangkap

PARIS - Seorang wanita yang mendedahkan payudaranya di dalam gereja Notre Dame telah ditangkap oleh beberapa anggota polis di sini semalam.
Dia yang merupakan anggota kumpulan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, Femen ditangkap semasa dia melakukan perbuatan tersebut.
Wanita itu yang hanya memakai seluar panjang dan kasut memegang sepucuk pistol palsu yang dihalakan ke kepalanya semasa dia melakukan tunjuk perasaan.
Dia melakukan tunjuk perasaan bagi membantah kejadian seorang penulis dan aktivis, Dominique Venner, 78, yang menembak mati dirinya di sebuah ruang di dalam gereja tersebut kelmarin.
Venner menembak mati dirinya sendiri bagi membantah perkahwinan gay yang diluluskan pentadbiran Presiden Perancis, Francois Hollande.


Lelaki Poland terima muka baharu


WARSAW - Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor.
Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu.
Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh.
Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun.
Namun, beberapa doktor berkata, mereka perlu segera melakukan pembedahan tersebut terhadap pesakit berkenaan bagi mengelakkan keadaannya menjadi lebih teruk.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Grzegorz menjalani pembedahan tersebut di Pusat Kanser dan Institut Onkologi di Gliwice, Poland.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan tulang selama 27 jam pada 15 Mei lalu selepas seorang penderma mahu mendermakan mukanya.
Pembedahan itu bagi memulihkan muka dan tulang rahang soket mata lelaki tersebut.
"Pembedahan ini akan membolehkan pesakit kembali menjalani kehidupan normal," kata seorang ketua pakar bedah yang melakukan pembedahan tersebut, Adam Maciejewski.
"Dia akan bernafas, makan dan melihat seperti orang lain," tambahnya.
Lebih 24 pembedahan pemindahan muka atau sebahagian muka telah dilakukan di seluruh dunia setakat ini.
Pembedahan pertama melibatkan seorang wanita yang digigit anjing peliharaannya pada 2005 di Perancis.

Khamis, 16 Mei 2013

Kecewa model landasan kereta api atas loteng diarah buka

LONDON 16 Mei - Seorang peminat model kereta api kecewa apabila pihak berkuasa perumahan mengarahkannya membuka model landasan kereta api yang dibina di rumahnya atas alasan keselamatan dan kesihatan.
Robert Burdock, 61, berkata model landasan kereta api bernilai 10,000 pound (RM45,700) sepanjang 21.3 meter itu dibina di loteng rumahnya di Buckfastleigh, Devon sejak 40 tahun lalu.
Ayah kepada tiga orang anak dan beberapa orang cucu itu berkata, dia membelanjakan antara 8,000 pound (RM36,560) dan 10,000 pound (RM45,700) untuk memasang model tersebut.
“Saya memasangnya sendiri dan ia dinikmati oleh ahli keluarga saya termasuk cucu-cucu saya.
“Saya tidak akan membukanya, tetapi jika mereka mahu mengusir seseorang dari rumah sendiri kerana satu set model kereta api, terpulanglah,’’ katanya, kelmarin.
Burdock tinggal bersama isterinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), Linda, 64 tahun.
Burdock berkata, isu itu timbul selepas dia membuat laporan kepada pihak berkuasa perumahan, Teign Housing berhubung serombong rumahnya yang bocor yang dimiliki majlis perbandaran.
“Pihak berkuasa perumahan memaklumkan kepada saya jika saya tidak membukanya, mereka akan menghantar pekerja untuk merobihkan model itu sebelum membaiki loteng rumah saya.
“Saya membina lantai loteng termasuk menjadikannya kalis api, dan tindakan saya itu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan majlis perbandaran,

Barisan Nusra bunuh 11 askar Syria

BEIRUT 16 Mei - Anggota kumpulan pemberontak Barisan Nusra yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda, membunuh 11 orang askar Syria, berdasarkan satu rakaman video yang disiarkan, semalam.
Dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai topeng menembak mangsa yang sedang melutut dan matanya ditutup.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Deir al-Zor, wilayah utara Syria berdasarkan ucapan lelaki itu dalam video tersebut.
“Mahkamah Syariah di wilayah Deir al-Zor menjatuhi hukuman mati ke atas tentera pengkhianat (kerajaan) yang membunuh saudara dan keluarga kita di Syria," jelas lelaki berkenaan.
Beberapa anggota kumpulan Barisan Nusra yang membelakangi bendera hitam, turut melaungkan ‘Allahu Akbar (Allah Maha Besar) setiap kali askar terbabit ditembak.
Malah penembak tersebut turut melepaskan tembakan berulang-ulang kali ke arah beberapa askar untuk memastikan mangsa mati.
Rakaman terbaharu itu merupakan video yang kedua disiarkan oleh Barisan Nusra dalam tempoh dua hari.
Kelmarin, satu rakaman video disiarkan dalam Internet oleh kumpulan berkenaan di wilayah Raqqa yang dikuasai kumpulan pemberontak.
Video itu menunjukkan tiga lelaki yang ditutup mata ditembak di bahagian kepala.
Seorang lelaki dalam video itu berkata, hukuman terhadap tiga lelaki tersebut merupakan tindakan balas dendam ke atas pembunuhan orang awam di pekan Banias dua minggu lalu.
Dalam kejadian di Banias, rakaman video dan foto merakamkan berpuluh-puluh mayat dalam keadaan cacat ditemui bergelimpangan di jalan, kebanyakannya mayat kanak-kanak.

Kapsul di atas kapal persiaran

NEW YORK - Sebuah kapal persiaran mewah menyediakan kapsul bergerak yang membolehkan para penumpang melihat pemandangan laut.
Ia merupakan kemudahan yang akan disediakan untuk para penumpang kapal persiaran Quantum of the Seas milik syarikat perkapalan Royal Caribbean International.
Para penumpang dibenarkan berada di dalam kapsul berkaca itu jika mereka mahu melihat pemandangan pada ketinggian 91.44 meter dari permukaan laut.
Kapal tersebut akan memulakan pelayaran pada tahun depan

teksi kota kinabalu .........Pasangan kekasih pelihara dua ekor singa

PRAGUE - Satu pasangan kekasih memelihara dua ekor singa di rumah mereka di Kampung Stupava, selatan Republik Czech.
Ales Basista dan kekasihnya telah tinggal bersama singa tersebut sejak haiwan tersebut masih kecil.
Basista turut mempunyai akaun Facebook yang mengandungi beberapa keping gambar yang menunjukkan dia bersama haiwan-haiwan tersebut

Dutt serah diri untuk jalani hukuman

NEW DELHI - Aktor terkenal Bollywood, Sanjay Dutt semalam tiba di sebuah mahkamah di Mumbai untuk menyerah diri serta memulakan hukuman penjara.
Dutt, 53, didapati bersalah kerana memiliki sejumlah senjata api yang dibekalkan oleh ketua-ketua gengster India.
Ketua-ketua gengster itu dikaitkan dengan satu siri serangan bom terburuk di negara ini yang berlaku pada tahun 1993 sehingga menyebabkan 257 orang mati.
Bintang terkenal itu akan meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun dan enam bulan.
Mahkamah Tinggi India sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya kerana kesalahan tersebut.
Bagaimanapun, Dutt telah menjalani hukuman penjara selama 18 bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin pada tahun 2007 ketika menunggu rayuannya berhubung kes tersebut.
Dia kini menjalani baki hukuman tersebut.


Isnin, 13 Mei 2013

TEKSI KOTA KINABALU ....Orang Jepun pandai baca tulisan jawi


BAHASA Melayu dan tulisan Jawi sangat dekat dengan diri saya. Rugi jika anak-anak muda sekarang tidak merasai keindahan yang merangkumi sosio budaya tradisi nenek moyang mereka," ujar Prof. Madya Dr. Yamamoto Hiroyuki, 46.
Sekali imbas, pasti ramai yang tidak menyangka lelaki warganegara Jepun itu mampu bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan. Malah patah bicaranya lebih Melayu, jika dibandingkan dengan sesetengah remaja kelahiran Malaysia sendiri.
"Rasa kecintaan kepada bahasa Melayu itu terbit apabila saya mengikuti program pertukaran pelajar ketika berusia 17 tahun," ujarnya memulakan butir bicara.
"Saya tinggal di Malaysia bersama keluarga angkat berketurunan Baba Nyonya dari Melaka iaitu Henry Tan di Kluang, Johor dan bersekolah tingkatan enam atas di Sekolah Tinggi Kluang," imbas pensyarah di Centre for Integrated Area Studies (CIAS), Universiti Kyoto, Jepun. Institusi pengajian kedua tertua di negara Matahari Terbit itu merupakan antara universiti terbaik di Asia. Ia melahirkan ramai pengkaji yang diiktiraf setinggi Anugerah Nobel sebanyak lapan kali.
Selama setahun berada di Malaysia, ia banyak membuka mata dan hati Yamamoto untuk mempelajari budaya dan sastera yang merangkumi bumi nusantara.
"Tempoh masa itu belum cukup buat saya untuk memahami secara mendalam susur galur dunia Melayu Nusantara," ujar Yamamoto ketika ditemui di majlis Kajian Manuskrip Jawi anjuran bersama Klasika Media, Kota Buku dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Jumaah, UTM, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Justeru, ketika menuntut di Universiti Tokyo, anak kelahiran Chiba, Jepun itu mengambil kursus bahasa Melayu Indonesia selain memperbanyakkan pembacaan naskhah-naskhah lama.
Pembacaannya itu juga atas tuntutan jurusan yang diambil iaitu sejarah perkembangan kebudayaan dan nasionalisme di negara-negara Islam sekitar Asia Tenggara.
Kembali sebagai pensyarah
Selepas menamatkan pelajaran di Universiti Tokyo, dia kembali ke Malaysia pada tahun 1998. Kali ini, dia datang sebagai seorang pendidik di samping mempelajari sejarah dan struktur budaya khususnya di Sabah.
"Sewaktu berada di Sabah, saya tinggal bersama keluarga angkat daripada suku kaum Melayu Brunei ketika menjadi pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Awang Ahmad Awang Piut di Membakut, Sabah.
"Saya bertugas sebagai pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS selama tiga tahun. Kuliah pengajaran saya meliputi sejarah moden Sabah serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia," tambah Yamamoto.
Pada masa sama, jangka masa itu digunakan sebaiknya Yamamoto untuk mendekati masyarakat setempat dan mengeratkan lagi hubungan bersama mereka.
Yamamoto banyak membuat kajian mengenai cara kehidupan kaum etnik, ekonomi dan semangat nasionalisme yang berada dalam kelompok masyarakat Sabah. Melalui pengamatan celiknya itu, terhasil beberapa buah buku ilmiah yang kini menjadi rujukan pelajar-pelajar pengajian tinggi.
Antara kajian Yamamoto yang diterbitkan ialah Harvesting an Identity (2002), Foreigners' Nationalism in Malaysia: Donald Stephens and K. Bali in Making of Sabah Nationhood (2001) dan From Bornean Federation to Malaysia: Analysis of 'Stephens' Merdeka Plan (1999).
"Saya memilih Malaysia khususnya Sabah kerana saya fikir Malaysia akan menjadi teladan untuk dunia dari segi pembentukan masyarakat majmuk.
"Keunikan atau kekuatan masyarakat Malaysia pada saya adalah percampuran atau pengubahsuaian unsur kebudayaan dalam masyarakat seperti bahasa, makanan, pakaian, cara hidup dan lain-lain," jelas Yamamoto.
Akuinya lagi, unsur budaya diwarisi daripada asal-usul tamadun masing-masing, seperti cara hidup orang Melayu dipengaruhi oleh cara hidup wilayah Arab, orang Cina dari negara China dan orang India dari negara India. Namun begitu, setiap kaum tidak hanya menyalinkan amalan di wilayah-wilayah tersebut, tetapi menyesuaikan dengan keadaan tempatan.
Karya-karya sastera tulisan anak tempatan seperti K. Bali dan Amil Jaya juga menjadi rujukan tambahan kepada Yamamoto yang dianggapnya berjaya membawa mesej perpaduan kesepaduan hidup masyarakat majmuk.
"Mengambil contoh tulisan-tulisan Amil Jaya yang banyak mengutarakan persoalan mengenai pertembungan hidup yang berbeza pegangan kepercayaan di Sabah. Ia tidak diakhiri dengan pergaduhan atau pertengkaran, malah penduduknya sepakat hidup secara aman," jelas Yamamot0
Dia kini dalam usaha untuk menterjemahkan majalah Qalam keluaran tahun 1950-an hingga 1960-an kepada tulisan rumi. Projek itu diusahakan sejak dua tahun bersama Klasika Media yang berpusat di Kuala Lumpur.
"Ia mengambil masa panjang kerana tulisan Jawi yang digunakan menggunakan bahasa lama. Oleh demikian saya mendapatkan bantuan daripada Klasika Media untuk proses transliterasi. Setakat ini hampir separuh daripada 10,000 muka surat telah diterjemahkan," ujarnya.
Menurut Yamamoto, majalah Qalam dipilih kerana tempoh masa penerbitan naskhah itu menunjukkan semangat nasionalisme yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Belajar membaca Jawi
Klasika Media merupakan sebuah kegiatan perniagaan yang berasaskan penyelidikan dan penerbitan khazanah khususnya dalam bidang Jawi.
Walaupun belum berapa mahir dalam manuskrip Jawi, Yamamoto boleh membaca Jawi dengan baik hasil pembelajarannya sendiri.
"Saya belajar membaca Jawi berpandukan buku-buku seperti Belajar Tulisan Jawi terbitan Fajar Bakti tahun 1977 dan juga buku-buku tulisan pendeta Za'ba," kata Yamamoto. Dia berpendapat tulisan Jawi perlu dipermudahkan supaya golongan muda mudah mendekati warisan berharga tersebut.
"Di negara Jepun sendiri, jelasnya, beberapa aksara klasik sudah dimodenkan kerana tidak lagi dapat difahami oleh generasi muda," jelas Yamamoto.
Dia berpendapat bahawa ramai yang menganggap amalan pemodenan itu sebagai satu kecacatan kerana tidak mengikut amalan asal atau tulen.
"Saya melihat bahasa Melayu semakin berkembang dan selari dengan arus modenisasi. Penerapan bahasa-bahasa luar perlu dilihat sebagai satu proses perkembangan linguistik yang positif untuk kelangsungannya," ujar Yamamoto mengulas survival bahasa Melayu dan tulisan Jawi dalam kemajuan dunia moden.

TEKSI KOTA KINABALU.....Lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui


TEL AVIV - Sebuah lantai mozek berusia 1,500 tahun ditemui dekat Kibbutz Beit Kama di Negev, Israel, menurut Pihak Berkuasa Antikuiti Israel semalam.
Lantai itu dibina di antara abad keempat hingga keenam Sebelum Masihi pada era pemerintahan empayar Byzantine.
Sekumpulan ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut menemui beberapa struktur binaan lama di bawah sebuah padang di Kibbutz Beit

TEKSI KOTA KINABALU

TEKSI KOTA KINABALU .....Pertandingan wanita tua tercantik di Brazil


SAO PAULO, Brazil – Seorang ibu berusia 65 tahun, Irenilda de Oliveira Menezes memenangi pertandingan wanita tua tercantik di sini pada Khamis lalu.
Ekoran kemenangannya itu, dia menerima sebentuk tiara.
Seramai 25 orang menyertai pertandingan itu yang diadakan sempena sambutan Hari Ibu

TEKSI KOTA KINABALU

TEKSI KOTA KINABALU.......Pengadil tinju beri kemenangan kepada aktres cantik



SEOUL - Seorang pelakon wanita televisyen Korea Selatan, Lee Si-young mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk di negara ini kerana pengadil memberikan kemenangan kepadanya pada satu perlawanan tinju hanya disebabkan kecantikannya.
Pada bulan lalu, Si-young, 31, menewaskan Kim Da-som, 19, dengan kelebihan dua mata pada perlawanan tinju kategori 48 kilogram.
Aktres itu terjun ke dalam dunia tinju sebagai usaha untuk dipilih bagi mewakili Korea Selatan pada Sukan Olimpik yang akan datang.
Dia sebelum ini pernah berlakon dalam siri drama Wild Romance dan Boys Before Flowers.
Aktres itu mula menceburi dunia tinju sejak tahun 2010.
Kemenangan itu menyebabkan Persekutuan Tinju Amatur Korea Selatan (KABF) dituduh memberikan layanan tidak adil kerana membenarkannya menggunakan status selebriti untuk merangsang sokongan kepadanya.
Seorang pengulas politik dan peminat tinju, Byun Hee-jae berkata, perlawanan tinju itu berat sebelah kepada aktres tersebut.
"Negara ini menjadi gila kerana mereka yang cantik diberikan lebih banyak mata dalam perlawanan tinju," katanya di laman Twitter.
Bagaimanapun, seorang pengurus kanan KABF, Choi Hee-kuk berkata, rakaman video menunjukkan Da-som memperoleh mata yang kurang kerana bilangan tumbukannya tidak banyak berbanding aktres tersebut.
"Muka Si-young kelihatan bersih, tidak mempunyai banyak luka atau bengkak," katanya.
TEKSI KOTA KINABALU

TAXI KOTA KINABALU....Penjenayah lari sejak 2009 berjaya ditangkap


\
MADRID - Polis Sepanyol semalam mengumumkan kejayaan penangkapan seorang penjenayah dari Britain yang bersembunyi selepas dia menyerang dan melepaskan diri daripada kawalan beberapa pengawal keselamatan semasa perbicaraan kes rompakan bersenjata berlangsung pada tahun 2009.
Kementerian Dalam Negeri Sepanyol dalam satu kenyataan berkata, penjenayah itu, Andrew Terence Moran, 31, diberkas pada Jumaat lalu dalam satu serbuan di sebuah resort mewah dekat pantai Alicante.
Menurut Agensi Jenayah Berat Terancang Britain (SOCA), pihak berkuasa menangkapnya semasa dia bersantai di tepi kolam renang.
Pihak polis turut merampas dua laras senjata api, 60 butir peluru dan sebilah parang.
"Moran berfikir dia boleh mengelak ditangkap apabila melarikan diri ke Sepanyol, kerap menukar penampilan dan menggunakan identiti palsu," kata Ketua Penyiasat SOCA, Matt Burton.
Moran pernah dibicarakan berhubung dakwaan terlibat dalam rompakan bersenjata dan pihak berkuasa menyifatkannya sebagai berbahaya.
Dia dan rakan subahatnya, Stephen Devalda, 29, dituduh merompak sebanyak AS$38,400 (RM114,632) dari sebuah van surat di Colne, barat laut England dengan menggunakan sepucuk pistol, parang dan pemukul besbol.
Seorang pengawal keselamatan cedera dalam rompakan pada Mei 2005.
Semasa dia melarikan diri daripada tahanan pada tahun 2009, Moran menyerang empat pengawal keselamatan dan melompat keluar dari kandang perbicaraan.    ( TAXI KOTA KINABALU T)

Sabtu, 11 Mei 2013

Kereta ferrari pertama John Lennon ( THE BEATLES ) dilelong


LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan.
Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams.
Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride.
Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual.
Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon.
Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.c

Pulau larangan bagi lelaki


IRAN lebih dikenali kerana kontroversi program nuklearnya walaupun Presiden Ahmadinejad telah berkali-kali menafikan tuduhan Amerika Syarikat itu.
Ia juga popular dengan dua ikon bandar lama iaitu Shiraz dan Isfahan.
Bandar Shiraz yang seluas 339 kilometer persegi tersohor dengan seni bina bersejarah, antaranya, Makam Ali Hamzein, Kubu Karem Khan dan pusara penyair Hafeiz.
Isfahan pula yang mendapat jolokan 'Separuh Daripada Dunia' menonjol dengan kehebatan arkitekturnya seperti Dataran Imam, Istana Ali Gapu, Istana Chahel-Sotoon dan Masjid Jamek Isfahan.
Dataran Imam yang didirikan pada tahun 1602 merupakan dataran kedua terbesar di dunia selepas Dataran Tiananmen di China.
Walaupun begitu, tidak ramai yang menyedari Iran juga memiliki keunikan budaya apabila kerajaannya mewartakan sebuah pulau iaitu Pulau Arezou sebagai tempat khusus untuk wanita melakukan aktiviti air pada tahun 2007.
Air masin
Ini sekali gus memberi peluang kepada kaum Hawa untuk bersantai, beriadah dan bermain ski. Idea berkenaan muncul berikutan wanita Iran sukar untuk mandi-manda di laut walaupun memakai
pakaian mandi yang menutup aurat.
Idea itu disokong sepenuhnya oleh Pemimpin Agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei. Sebelum ini, terdapat beberapa taman awam di sekitar Iran yang dibina khusus untuk wanita.
Selain itu, Pulau Kish yang terletak bersebelahan Pulau Arezou turut dikhususkan untuk golongan tersebut. Pulau Kish terkenal sebagai lokasi eksklusif untuk aktiviti beli-belah, penginapan hotel mewah dan taman laut.
Pulau Arezou yang bermaksud harapan, terletak di Tasik Oroumiyeh yang memiliki 100 buah pulau. Tasik Oroumiyeh ialah tasik terbesar di Asia Barat dan telah diwartakan sebagai Taman Negara oleh Teheran.
Tiada hidupan akuatik di dalam tasik yang bersempadan dengan Turki itu berikutan tahap kemasinan airnya yang terlalu tinggi.
Tasik ini juga semakin mengecil kerana faktor ketidakstabilan cuaca dunia.
Kemudahan yang disediakan di Pulau Arezou cukup lengkap meliputi pengangkutan, restoran dan klinik dengan semua kakitangannya adalah wanita.
"Pulau Arezou akan dijadikan pulau khas untuk wanita," kata pegawai wilayah Azerbaijan Barat, yang hanya dikenali sebagai Aghai kepada akhbar Teheran Emrouz.
Menurutnya, tiada lelaki di pulau itu dan ia merupakan tempat pertama seumpamanya di negara ini dan mungkin juga di dunia.
"Ia diharap akan meningkatkan sektor pelancongan di kawasan itu yang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna. Selain itu, ini menunjukkan penghargaan Iran terhadap kaum wanita," katanya.
Ujarnya lagi, inisiatif pulau bebas lelaki itu tidak bertentangan dengan undang-undang syariah negara itu.
"Malah, pemimpin negara sendiri bersetuju dan majoriti rakyat menyokongnya," tambah lelaki itu.
Di bawah Kod Islam Iran, pendedahan aurat wanita kepada lelaki bukan muhrim dilarang sama sekali.
Kemudahan kios turut disediakan di Pulau Arezou dengan pengunjung wanita yang ingin memesan air minuman bersantai di kerusi di tepi pantai. Mereka juga bebas membuka tudung dan jubah mereka

Letupan bom sasar calon pilihan raya ragut 11 nyawa


KARACHI, Pakistan - Satu serangan bom oleh kumpulan Taliban yang menyasarkan seorang calon pilihan raya telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 36 lagi cedera di sini, kata seorang doktor.
Pilihan raya umum Pakistan berlangsung semalam.
Menurut polis, serangan tersebut disasarkan ke atas seorang calon Parti Kebangsaan Awami (ANP), Amanullah Mehsud untuk kerusi wilayah Sindh.
Namun, seorang jurucakap polis, Mazhar Nawaz berkata, Amanullah sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut perangkaan agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 130 orang terkorban dalam beberapa serangan berani mati dan letupan sejak pertengahan April lalu.
Pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara dua parti berpengaruh di Pakistan, Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif.
Lebih 600,000 anggota keselamatan ditugaskan untuk melindungi pusat mengundi dan pengundi yang dianggarkan seramai 86 juta di seluruh negara tersebut

Jumaat, 10 Mei 2013

85 ahli sindiket Macau Scam direman empat hari


KUCHING – Kesemua 85 individu warga China dan Taiwan termasuk tiga warga tempatan yang terlibat dalam sindiket Macau Scam dan dipercayai sudah mengaut keuntungan sebanyak RM4 bilion direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes jenayah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, perintah tahanan reman sehingga 14 Mei itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuching bermula semalam.
“Perintah reman ini membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan penipuan wang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Mati ditetak ketika tunggu bas

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang penyelia tukang cuci di sebuah syarikat di Singapura mahu bertugas seperti biasa tidak kesampaian apabila dia mati akibat ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan lain berhampiran rumahnya di Taman Skudai Baru di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa T. Thulukanam (gambar kecil), 53, disahkan meninggal dunia selepas kira-kira sejam dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Anak mangsa, Parimala Dewi, 23, berkata, sebelum tragedi itu, ayahnya sedang menunggu bas seperti biasa di perhentian bas yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk pergi bekerja di Singapura.
Bagaimanapun, difahamkan semasa menunggu bas itu, secara tiba-tiba tiga lelaki muncul dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.
Parimala memberitahu, dia dan keluarga hanya mengetahui kejadian menimpa ayah apabila ayah pulang dalam keadaan berlumuran darah.

Penjenayah gagal merompak

BUKIT MERTAJAM – Cubaan seorang lelaki menyamun sebuah bank di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Tengah di sini semalam tidak menjadi malah suspek itu terpaksa berlari keluar dari bank selepas disyaki terkejut melihat pengawal keselamatan yang melihat gelagatnya.
Sebelum kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, suspek yang memakai topi dan menutup mulut dengan topeng meluru masuk ke dalam bank dengan membawa bersama dua objek berbentuk silinder berwarna putih sebesar air botol mineral 600 milimeter berserta sebuah beg pakaian.
Suspek berusia 30-an terus menghampiri sebuah kaunter yang ketika itu terdapat seorang kakitangan wanita yang bertugas. Terdapat empat orang pelanggan di dalam bank tersebut ketika kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang bertindak bersendirian itu kemudian meletakkan beg pakaian tersebut di atas kaunter sebelum memaksa juruwang itu memasukkan wang.
Menurut beliau, juruwang wang yang terkejut dan takut dengan permintaan suspek terus melarikan diri ke belakang tanpa memberikan wang kepada suspek

Episod cinta, kontroversi dan kemasyhuran salena gomez



BINTANG remaja sensasi Hollywood, Selena Gomez pernah dikecam hebat gara-gara mengecat seekor kuda dengan warna merah jambu untuk penggambaran klip video single, Love You Like A Love Song dua tahun lalu.
Kemudian, kisah cintanya dengan ikon global kelahiran Kanada, Justin Bieber memonopoli keseluruhan kariernya dan menutup segala khilaf terdahulu.
Tahun ini, menerusi single terbaharunya yang berjudul Come & Get It, Selena, 20, memberikan tamparan hebat kepada masyarakat beragama Hindu. Semuanya gara-gara dia memakai bindi sebagai aksesori pada dahinya ketika membuat persembahan.
Situasi yang mencetuskan kemarahan itu disuarakan oleh wakil Persatuan Vedanta (kuil Hindu) California Selatan, Douglas Overton Blue yang menyifatkan tindakan Selena itu sebagai tidak sopan dan tidak menghormati agama tersebut.
Biarpun pemakaian bindi melambangkan metafora dan makna yang mendalam, kata Douglas , bindi sebenarnya dipakai oleh wanita yang telah berkahwin sebagai simbol mengagungkan suaminya seumpama dewa.
Selena bagaimanapun tidak mengendahkan teguran itu dan telah memakai aksesori itu sebanyak empat kali iaitu ketika membuat persembahan iaitu di pentas MTV Movie Awards 2013 dan Dancing with the Stars selain ketika muncul dalam program bual bicara Late Show with David Letterman dan Ellen DeGeneres Show hujung bulan April lalu.
Dia bagaimanapun ada pandangan tersendiri tentang isu tersebut.
"Saya fikir lagu ini mempunyai elemen Hindu, sangat etnik dan saya mahu menterjemahkannya dengan cara saya sendiri. Saya turut belajar mengenai cakra, bindi dan budaya masyarakat tersebut. Ia adalah menakjubkan!" tegas Selena.
Drama cinta
Berbanding kontroversi tersebut yang dianggap Selena sekadar rencah dunia seni dan hanya dipandang sebelah mata, episod cintanya bersama pelantun lagu As Long As You Love Me, Justin Bieber menjadi fokus umum.
Bibit cinta antara Selena dan Justin bermula awal tahun 2011 apabila kedua-duanya hadir bersama ketika parti Vanity Fair Oscar.
Cukup dua tahun bersama, mereka putus dan membawa haluan masing-masing. Belum pun cukup sebulan berpisah, ikon pasangan remaja itu kembali bersatu menerusi pertemuan romantik di Los Angeles memutuskan kembali hubungan cinta mereka pada bulan Januari.
Pada penghujung April lalu Selena dan Justin dilaporkan kembali bersatu menerusi bantuan seorang paderi merangkap teman rapat Justin iaitu Judah Smith di Oslo, Norway.
Terlampau banyak drama dan gelora luar biasa yang melanda hubungan Selena dan Justin dalam usia yang masih muda adalah satu petanda bahawa mereka tidak sepatutnya ditakdirkan bersama.
Menyentuh tentang sejauh manakah perasaan dirinya terhadap Justin, ujar Selena, ia tiada bandingan.
"Saya cintakan Justin. Apabila kali pertama bertemunya saya merasakan dia seorang jejaka yang baik. Dia juga seorang yang romantik!" jelas Selena.
Pelbagai perspektif timbul rentetan daripada jalinan semula cinta Selena dan Justin.
Ada yang menyifatkan Selena kesunyian selepas perpisahannya dengan Justin. Malah, terdapat juga spekulasi ia adalah hasil nasihat daripada Judah Smith.
Tak popular
Berkongsi cerita mengenai populariti yang diraih sejak pertama kali membintangi siri kanak-kanak Barnie & Friends pada tahun 2001, kata Selena dia asalnya bukan seorang pelajar yang popular di sekolah.Saya tidak pernah merasai erti populariti ketika di sekolah. Saya ada dua orang kawan baik tapi masa saya kebanyakannya dihabiskan dengan membuat kerja sekolah.
"Zaman persekolahan adalah waktu paling aneh dalam hidup saya. Tidak pernah sekali pun saya merasa yakin apabila menjejakkan kaki ke sekolah.
"Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berani membuli saya kerana sepupu saya merupakan ketua pasukan sorak," katanya yang pernah menyimpan perasaan cinta terhadap seorang pelajar lelaki di sekolahnya.
Menyentuh tentang dirinya yang berkecimpung dalam industri hiburan di Hollywood, ternyata tidak mudah buat dirinya untuk berhadapan dengan pancaroba dunia penuh glamor itu.
Bagi dirinya, walau ramai individu sekeliling yang cuba menjatuhkannya, pengalaman mengajar erti hidup.
"Banyak penolakan dalam industri ini dan ia sangat sukar. Kadangkala rasa sangat penat melawan halangan tapi apabila kita melakukan perkara yang disukai, semuanya menjadi senang.
"Saya bernasib baik kerana mendapat banyak sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Saya dikurniakan kesihatan, keluarga penyayang dan peminat yang menyokong saya.
"Pastinya saya akan terus positif," tambah anak kepada pasangan Amanda Cornett dan Ricardo Gomez itu.




Penarik kereta bergaduh mati kena tiga das tembakan


ALOR SETAR – Seorang penarik kereta maut terkena tiga das tembakan dalam satu pergaduhan berhampiran rumahnya di tingkat lima Flat Taman Setia Jaya di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, M. Nagenthiran, 30, ditemui mati terbaring di koridor flat itu yang jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari rumahnya.
Mayat mangsa yang terkena satu tembakan di kepala dan dua tembakan di belakang badan ditemui oleh seorang penghuni di flat itu yang kemudian memaklumkan kepada polis.
Isteri Nagenthiran, G. Parameswary, 29, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua orang anak mereka yang berumur tiga dan lima tahun dan tidak mendengar bunyi bising di luar rumah.
“Saya hanya tahu tentang kejadian selepas seorang anggota polis datang ke rumah dan memberitahu suami saya telah mati,” katanya ketika ditemui di flat itu semalam.

Wanita terperangkap di celah runtuhan selama 17 hari


SAVAR - Seorang wanita diselamatkan oleh beberapa anggota kumpulan penyelamat selepas dia terperangkap di celah runtuhan sebuah bangunan kilang pakaian selama 17 hari sejak 24 April lalu di sini, dekat Dhaka, Bangladesh.
Anggota-anggota penyelamat itu menarik wanita tersebut yang dikenali sebagai Reshma selepas mereka menggali lubang dengan menggunakan alat menggerudi di tempat dia terperangkap.
Menurut beberapa anggota penyelamat, berat badannya berkurangan dengan banyak dan tubuhnya tidak mengandungi sebarang kecederaan.
Dia dipercayai masih hidup kerana lokasi tempatnya terperangkap di tingkat bawah tanah mungkin mengandungi sumber air.
Kerja-kerja menyelamatnya mengambil masa selama 45 minit.
Seorang anggota penyelamat mendengar suaranya yang memintanya diselamatkan semasa kerja-kerja mencari mangsa di celah runtuhan itu dilakukan.
Seramai, 1,045 orang terbunuh selepas bangunan kilang setinggi lapan tingkat itu runtuh.

Air masin bandar Epecuen surut



BUENOS AIRES, Argentina - Bandar peranginan Epecuen di negara ini yang dibanjiri dengan air masin selama suku abad kini kembali menjadi daya tarikan pelancong.
Ia menjadi daya tarikan pelancong selepas air yang memenuhi bandar itu kembali surut.
Bandar itu dipenuhi dengan air masin selepas berlaku ribut yang membawa hujan lebat pada 10 November 1985.
Air masin itu membanjiri bandar ini selepas ia melimpah dari sebuah tasik akibat hujan lebat.
Ketika ribut itu berlaku, orang ramai melarikan diri dan dalam tempoh beberapa hari sahaja, rumah-rumah mereka ditenggelami air masin yang setinggi hampir 10 meter.
Sebelum ribut itu berlaku, Epecuen dikunjungi seramai 20,000 orang bagi setiap musim percutian untuk mandi air masin dan menggunakan kemudahan spa.
Tasik di bandar ini mempunyai garam 10 kali ganda daripada lautan menyebabkan badan para pelancong akan terapung sama seperti di Laut Mati di Asia Barat.
Perjalanan dengan menggunakan kereta ke Epecuen dari bandar raya Buenos Aires memakan masa selama enam jam dengan melalui jalan di kawasan luar bandar sejauh 550 kilometer.
Para pelancong kini datang untuk melihat kenderaan, perabot dan rumah yang sebelum ini ditenggelami air masin di bandar itu

Gerhana matahari separa di utara Australia



SYDNEY - Sejumlah peminat astronomi berkunjung ke utara Australia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa semalam.
Fenomena itu berlaku apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari.
Sebelum ini, gerhana penuh dapat dilihat di utara Australia pada November tahun lalu menyebabkan pemandangan menjadi gelap selama dua minit.
Bagaimanapun, gerhana matahari separa itu menyebabkan bulan hanya melindungi 97 peratus matahari.
Gerhana separa itu juga dapat dilihat di beberapa bahagian di Australia, Indonesia, New Zealand dan Pasifik Selatan.
Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat, Jay Pasachoff sanggup datang ke Australia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari itu. Ia merupakan gerhana matahari kali ke-57 yang pernah dilihatnya.
Dia memandu ke sebuah bukit kecil di Outback yang terletak kira-kira 100 kilometer ke utara bandar Tennant Creek.
Pasachoff dan 100 orang lagi peminat amatur astronomi merakamkan fenomena itu dengan menggunakan kamera. -

Rabu, 8 Mei 2013

Polis Indonesia serbu suspek pengganas


BANDUNG - Polis antikeganasan Indonesia berbalas tembakan dengan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam komplot untuk mengebom Kedutaan Myanmar.
Jurucakap polis nasional, Boy Rafli Amar berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di sini, Jawa Barat pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan dan berterusan hingga beberapa jam.
Rakaman televisyen menunjukkan anggota-anggota skuad antikeganasan menembak ke arah sebuah rumah yang dikelilingi sawah padi.
"Perkembangan itu berlaku selepas penangkapan empat pengganas di Jakarta pada minggu lalu," kata Timbalan Ketua Polis, Nanan Soekarna.
Pada Khamis lalu, polis antikeganasan menahan dua lelaki yang disyaki merancang mengebom Kedutaan Myanmar di Jakarta.
Komplot tersebut menyusul selepas keganasan etnik di Myanmar yang meragut nyawa ramai penduduk minoriti Islam Rohingya dan berpuluh-puluh ribu lagi menjadi pelarian.
Sumber pegawai kanan polis Indonesia pula menyatakan, mereka merancang untuk menyerang Kedutaan Myanmar hari ini.
Kemarahan rakyat Indonesia ekoran keganasan penduduk beragama Buddha terhadap etnik Rohingya di Myanmar semakin memuncak.
Beberapa pertempuran di negeri Rakhine, Myanmar antara penganut Buddha dan etnik Rohingya menyebabkan sekitar 200 orang terbunuh, manakala puluhan ribu lagi menjadi pelarian.

Lelaki misteri bergayut di jambatan


SAINT-PETERSBURG - Seorang lelaki Rusia bertindak memanjat sebuah jambatan boleh gerak di sini dan bergayut menggunakan sebelah tangan pada anjung jambatan sebelum melarikan diri, kata pihak polis kelmarin.
Jambatan itu terdiri daripada dua bahagian yang boleh menegak bagi memudahkan kapal besar melintas.
Menurut polis, lelaki misteri itu melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai di bawah jambatan tersebut selepas cuba polis cuba menangkapnya.
Polis berkata, mereka melakukan siasatan berdasarkan beberapa gambar pelaku lagak ngeri tersebut yang kini tersebar di internet.
Gambar-gambar itu menunjukkan dia bergayut di puncak jambatan yang terbuka dengan sebelah tangannya memegang bunga api.
Gambar-gambar itu dipaparkan di sebuah laman sosial Facebook oleh seorang jurugambar, Nikolai Gontar. -

Lukisan Madonna dilelong AS$7.2 juta


NEW YORK - Sebuah lukisan Perancis milik penyanyi terkenal, Madonna dijual pada harga AS$7.2 juta (RM21.4 juta) dalam satu lelongan di sini kelmarin.
Namun, rumah lelongan Sotheby tidak mendedahkan individu yang membeli lukisan berjudul Three Women at the Red Table itu.
Hasil jualan tersebut akan memberi manfaat kepada Yayasan Ray of Light yang membantu pendidikan wanita di Afghanistan, Pakistan dan beberapa negara lain.
Lukisan tahun 1921 tersebut dihasilkan oleh pelukis Fernand Leger.
Madonna, 54, membeli lukisan Leger pada harga AS$3.4 juta (RM10.1 juta) dalam satu acara lelongan Sotheby pada tahun 1990.

Selipar terbuang dikitar semula jadi barang bernilai




NAIROBI, Kenya - Sebuah syarikat kitar semula di sini mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai Timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik.
Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di Timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutama selipar getah.
Pengasas syarikat tersebut, Julie Church berkata, matlamat pihaknya adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh dujual semula.
Para pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula.
Produk-produk menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan.
Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara fesyen.
Para pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki barang lusuh tersebut Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam, diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak.

Rabu, 1 Mei 2013

Seni jalanan yang tidak dihargai


GRAFITINYA berbentuk tulisan kaligrafi Cina dibuat menggunakan berus yang dicelut dakwat hitam pekat. Ia menggambarkan sebuah cerita tentang diri artis tersebut yang percaya wilayah tersebut kepunyaannya.
Tsou-choi yang mengaku sebagai Raja Kowloon hidup dalam kemiskinan. Bagaimanapun, dia kemudiannya diangkat menjadi hero apabila kira-kira 55,000 kerja seni luarannya mendapat perhatian antarabangsa. Dalam tempoh lima dekad itu hampir semua tempat daripada peti surat sehingga jejambat terdapat lukisan grafitinya.
Tsou-choi meninggal dunia pada tahun 2007 iaitu ketika berusia 85 tahun. Enam tahun kemudian, hanya empat seni jalanan yang dibuatnya masih terpelihara, manakala yang lain terhapus seiring gelombang pembangunan semula atau kerja-kerja mengecat oleh pihak berkuasa.
Pertahan tinggalan sejarah
Komuniti seni Hong Kong ketika ini sedang berjuang bagi memulihara tinggalan sejarah yang masih ada di tempat-tempat awam itu.
"Kerja-kerja si Raja perlu berada di jalanan, tetapi kebanyakannya sudah terhapus atau dibersihkan. Justeru, bagi menyelamatkan hasil karya tersebut, kami perlu memeliharanya," kata jurugambar, Simon Go.
Simon merupakan kawan Tsou-choi dan menjalankan sebuah organisasi warisan Hong Kong, Hulu Culture.
Warisan sering menjadi mangsa pembangunan di Hong Kong dan kerajaan sering dikritik kerana tidak mengambil berat pemuliharaan sejarah budaya.
Pengkritik seni yang juga kawan kepada Raja Kowloon, Lau Kin Wai berkata, dia pernah cuba menyakinkan pihak berkuasa bagi menyelamatkan kerja-kerja Tsou-choi, tetapi gagal.
"Ia membuatkan saya marah, LCSD (Jabatan Perkhidmatan Budaya dan Senggang) tidak mempunyai deria budaya.
"Dia merupakan salah seorang artis grafiti moden terawal tetapi mereka mempersoalkannya," katanya kepada pemberita AFP.
Tsou-choi berhijrah ke Hong Kong semasa remaja dari wilayah China, Guangding dan memulakan kerjaya grafiti prolifik pada tahun 1950-an.
Dia percaya, leluhurnya pernah memerintah daerah Kowloon. Seni jalanan Tsou-choi mempromosi haknya sebagai pemerintah monarki di situ.
Karyanya menggambarkan salasilah keluarga dan penentangan terhadap kuasa kolonial secara terang-terangan yang dilakukan pada tiang-tiang dengan menggunakan tulisan karakter Cina.
Di Hong Kong, dia bekerja sebagai pengumpul sampah sehingga patah kedua-dua kaki pada usia sekitar 60-an. Kejadian itu tidak mematahkan semangatnya malah, sanggup menggunakan topang ketiak ketika mengecat.
Hero Hong Kong
Disalah erti sebagai lelaki tua gila dan kerap kali ditahan atas kesalahan vandalisme, dia akhirnya diangkat menjadi hero Hong Kong apabila bandar itu diserahkan Britain kepada China pada tahun 1997.
Ketika penyerahan semula itu, orang ramai mencari-cari identiti tempatan yang signifikan.
Grafiti Tsou-choi mula menjadi perhatian dan pada tahun 1997. Pereka fesyen Hong Kong, William Tang menggunakan imej grafiti tersebut untuk koleksi rekaannya.
Tidak cukup dengan itu, karya seni Tsou-choi muncul dalam persembahan seni Venice Biennale. Serpihan seninya seperti yang ditulis pada kertas, kayu dan objek-objek lain menjadi barang-barang yang digemari pengumpul.
Pada tahun 2011, sebuah kotak metal yang mempunyai kaligrafi Tsou-choi dijual di Sotheby, Hong Kong pada harga HK$800,000 (RM313,995).
Walaupun, Tsou-choi telah dianggap sebagai hero, para penyokongnya berpendapat, perkara paling penting ialah memulihara seni jalanan asli Raja itu.
"Sebahagian karyanya sepatutnya berada di tempat awam. Sesuatu perlu dilakukan supaya karya seni itu dapat dijaga di tempat asal," kata Kin Wai.
Seiring dengan hasil kerja artis tersebut yang semakin hilang, para penyokongnya mengambil langkah nekad dengan membina sebuah arkib.
Para pengkritik dan kurator berkerjasama menulis sebuah buku bertajuk, King of Kowloon: The Art of Tsang Tsou-choi yang bakal dikeluarkan pada bulan ini.
Buku itu merupakan monografi hasil kerja lelaki tersebut termasuk foto-foto yang jarang dan tidak pernah diterbitkan.
Sementara itu, generasi muda Hong Kong meneruskan tradisi yang dimulakan Raja itu meskipun dengan menggunakan seni grafiti gaya Barat dan tin cat penyembur.
"Semua artis grafiti muda pasti kenal The King. Dia seorang perintis. Dia tidak pernah berputus asa. Dia keluar di jalanan dan buat apa yang mahu dilakukan dan tidak takut pada pihak kuasa," kata seorang pelukis jalanan dikenali sebagai Jams, berusia 27 tahun