Rabu, 5 Disember 2012

Baling sabit elak kena rogol



TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.
“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya 

Kastam rampas wang kertas lebih 1.8 juta Euro


Kastam rampas wang kertas lebih 1.8 juta Euro



PARIS - Dua lelaki Cina ditangkap di sebuah pos pemeriksaan Perancis dekat bandar Strasbourg pada bulan lalu bersama wang tunai lebih 1.8 juta Euro (RM7.1 juta) yang disembunyikan di tempat duduk kereta mereka, kata Kastam Perancis.
Wang tunai itu ditemui semasa pihak kastam melakukan pemeriksaan di plaza tol lebuh raya A4 di Schwindratzheim.
Sebanyak 38,000 keping wang kertas dengan nilai 20, 50, 100, 200 dan 500 Euro dirampas dari ruang rahsia tempat duduk belakang kereta Audi A6 yang dinaiki oleh mereka.
Tangkapan tersebut dibuat pada 11 November lalu tetapi kastam Perancis mengumumkannya semalam ekoran kes tersebut masih disiasat.
Kedua-dua lelaki berkenaan mendakwa mereka sedang dalam perjalanan ke Vienna untuk bercuti.
Suspek yang berketurunan Cina tetapi menetap di Portugal kini ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan wang tersebut.